come on don't hesitate everything you believe in will become reality

Dulu dan Sekarang




pernahkah anda terkejut melihat beruk ? atau pernahkah anda melihat beruk ? tahukah anda apakah rupa beruk ? dan tahukah anda apa bezanya antara beruk , monyet , kera dan babun ? okey , intro yang sangat menyakitkan hati bukan ? saya tahu , oleh itu saya tidak akan mengulas tentang monyet , beruk mahupun babun berbontot merah yer ! disini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya semasa kecil (saya tidak menjadi beruk yer , FYI ) saya sering mengikut datuk saya mengeteh di warung-warung feveretnye berdekatan dengan balai kastam dekat dengan checkpoint na pegi thailang ( jalan kaki pon bole ) bagi yang tidak tahu , lokasinya adalah di rantau panjang kelantan . ya , saya orang kelantan yang menetap di ceruk johor bharu ini .

selalunya selepas mengeteh , atuk saya akan bukak forum di meja kami dan sambung mengeteh . dan seperti biasa , ramai kawan nya datang bersama beruk mereka . disini beruk adalah beruk dan bukan manusia ya ! beruk ini berbulu dan yang pajat pokok kalau anda masih was-was . saya sering menganggap bahawa beruk itu sungguh hebat kerana tuannya sering membawanya makan angin sambil mengayuh basikal . wah wah kaw ni beruk , keje malas .

masa berganti masa dan pada tahun 90-an kita dapat dengar monyet berbasikal sendiri dan tidak bersama tuannya membonceng atau menunggang . hal ini terjadi di kawasan yang sering mengadakan sarkas yang membabitkan monyet dan kerabatnya.

dan kini ,zaman batu telah bertukar menjadi zaman millenium , beruk bersama tuannya kemana sahaja tetapi tidak lagi berbasikal atau menunggang basikal sendiri . mereka kini membonceng motor bersama tuan mereka . wah wah maju betol beruk zaman IT sekarang yer !